Thursday, December 13, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-6

Hai semua..jumpa lagi.. Assalamualaikum dan salam sejahtera...






 Pada minggu yang ke-6 ini,kuliah kami berlangsung di Perpustakaan Tun SRI Lanang(PTSL).Tujuan kelas pada minggu ini diadakan di PTSL adalah untuk mendengar taklimat mengenai cara-cara mengunakan perkhidmatan PTSL.Di dalam taklimat yang di berikan oleh pustakawan Pn Shaizimah Badzri, kami telah diterangkan mengenai cara-cara bagaimana untuk kami mencari sumber rujukan di PTSL dengan mengunakan sistem komputer seperti kamus bahasa,jurnal, artikel dan berbagai bahan lain.


                                                         Perpustakaan Tun Sri Lanang


 Di dalam taklimat tersebut kami telah diperkenalkan dengan satu laman sesawang yang digunakan di PTSL untuk mengakses dan mencari buku secara online iaitu Sistem Gemilang. Laman sesawang ini direka khas untuk warga UKM, sama ada untuk mencari bahan bacaan mahupun bahan-bahan rujukan di PTSL. Di dalam Sistem Gemilang ini terdapat 2 kaedah pencarian yang berbeza iaitu Browse dan Keyword. Kaedah Browse adalah kaedah untuk mencari buku berdasarkan tajuk iaitu tajuk Besar seperti kamus dewan edisi ke-4. Jika untuk judul pertengahan buku iaitu tajuk kecil dalam buku, kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah keyword. Hal ini demikian kerana kaedah ini akan mencari semua buku yang ada tajuk yang kita letak. Tidak seperti kaedah browse apabila tajuk yang kita letak itu merupakan tajuk dalam sebuah buku maka pencarian tidak akan dapat diketahui.Secara ringkasnya kaedah Browse elok digunakan apabila kita mengetahui tajuk besar buku, tetapi jika tidak tahu tajuk besar buku lebih baik gunakan kaedah keyword.


                                                                                                       




 Seterusnya kami juga telah diberikan sedikit taklimat tentang pencarian jurnal dan artikel. Di dalam taklimat itu kami diberi penerangan tentang sisitem yang boleh digunakan untuk mencari jurnal iaitu dengan menggunakan sistem e-Journal. Melalui portal ini kita bole mencari pelbagai artikel dan jurnal. Hal ini demikian kerana di dalam portal tersebut terdapat banyak pangkalan data yang boleh digunakan untuk mencari artikel dan jurnal mengikut kursus yang kita ambil seperti jurnal yang berkaitan dengan pendidikan. Antara pangkalan data yang popular dan sering digunakan ialah:


  1. jetP
  2. ProQuest
  3. EBSCOHOST
  4. UKM Journal Artical Repository
  5. UKM Institutional Repository

Setelah selesai taklimat kami ditugaskan dalam kumpulan unutk mencari 5 bahan artikel melalui laman web Gemilang. Artikel tersebut haruslah berkait rapat dengan tajuk pembentangan pada minggu ke-5 yang lalu. Kemudian setelah berjaya mencari lima artikel tersebut kami diarahkan supaya upload di yahoo group masing-masing.


Selesaaaaaaaaaaiiiiiiiiiii.... Assalamualikum semua..

No comments:

Post a Comment