Tuesday, December 25, 2012

Refleksi Minggu ke-10 Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum semua...:)

    Setelah seminngu bercuti akhirnya saya kembali ke dalam kelas konputer dalam pendidikan, iaitu kelas yang sangat menyeronokkan kerana sentiasa ada ilmu baru yang akan saya pelajari selepas tiga jam berada di dalam kelas ini.Pada minggu ini, ilmu baru yang dapat saya pelajari ialah ilmu berkaitan tentang MULTIMEDIA.Kelas di mulakan dengan penerangan mengenai apa itu multimedia?

 Menurut penerangan yang di berikan oleh pensyarah kami iaitu Pn Fariza binti Khalid,multimedia ini terdiri daripada dua perkataan iaitu multi dan media.Multi membawa maksud yang banyak,pelbagai dan manakala media pula membawa maksud alat,teknologi yang digunakan sebagai perantaraan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.Antara contoh media yang diberikan oleh pensyarah kami adalah seperti laptop,radio,televisyen bahkan menurut pensyarah kami manusia juga boleh dikategorikan sebagai media.

Setelah menerangkan maksud daripada dua perkataan tersebut,pensyarah terus membuat satu definisi yang boleh digunakan untuk menerangkan apa itu multi media iaitu multimedia ini adalah pelbagai elemen dalam penyampaian maklumat.Apa yang dimaksudkan dengan elemen di sini adalah seperti teks,video,grafik,audio dan animasi..


Sebenarnya pada minggu ini kami lebih fokus kepada grafik. Antara contoh Format file untuk grafik ialah :

  • BMP (.*BMP)
~ Menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolutionnya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz file yang besar.

  • JPEG (*.JPG,*.JPE)
~ Kualiti ganbarnya adalah kurang kerana resolutionnya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil.

~Menyebabkan ganbar menjadi loosy atau gambar menjadi kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan. Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukar format file JPEG kepada BMP dan sebagainya.

  • PNG (*.PNG)
~ PNG adalah format gambar yang sangat baik untuk grafik internet, kerana menyokong ketelusan dalam dalam pelayar(browser) dan mempunyai keindahan yang tersendiri yang tidak boleh diberikan oleh GIF atau JPG.


Proses pembelajaran pada minggu ini jga lebih kepada praktikal. Kami semua perlu meneroka aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Mikrosoft Paint, GIMP, dan Microsoft Powerpoint. Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya. 

Microsoft Paint

Microsoft PowerPoint

GIMP

GIMP (THE GNU MANIPULATION PROGRAM)

GIMP (The GNU Image Manipulation) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995 oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis dan diselenggara oleh keseluruhannya sukarelawan di bawah auspices projek GNU. GIMP merupakan Open Source, percuma dan disediakan dengan Lesen Am GNU.

Perisisan GIMP ini lebih ringan jika dibandingkan dengan adobe photoshop yang adobe photoshop yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D.Walaupun GIMP ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki oleh adobe photoshop dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh GIMP.Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama adobe photoshop.

SELAMAT MENEROKA SEMUA....


No comments:

Post a Comment