Tuesday, December 25, 2012

Refleksi Minggu ke-8

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bertemu kembali kita semua,minggu berganti minggu,hati berganti hari dan masa berganti masa serta assigment pun terus berganti.hehe.. Pada minggu ini kelas Komputer Dalam Pendidikan dimulakan seperti biasa iaitu pengenalan sesuatu yang belum pernah kami ketahui. Pada minggu ke-8 ini kami dikenalkan dengan satu sofware baru. Adakah anda kenal apa itu SPSS? aha..mesti tidak tahu kan..ok saya akan menerangkan apa itu SPSS. 

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr Fariza, SPSS ini ialah satu sofware di mana SPSS ini merupakan salah satu pakej statistik yang paling pupular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks serta dengan arahan yang sangat mudah.Setelah diberikan penerangan yang lebih mendalam kami dapat mengetahui bahawa SPSS atau Statistical Product and Service Solution ini mempunyai 4 windows iaitu Data Editor, Output Viewer, Syntac Editor dan Script Window.

Dengan menggunakan sofware ini, pengguna dapat menganalisis data dengan mudah tanpa perlu menganalisis data dengan cara manual. Berikut saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan SPSS :

                                                  

Langkah pertama klik pada start, kemudian klik all program, dan SPSS Inc. Terdapat dua lembaran dalam window ini iaitu data view dan variable view. Variable view membolehkan pengguna memasukkan data untuk dianalisis. Setelah memasukkan kesemua data , sistem ini akan memnganalisis data tersebut dan sofware ini membolehkan semua pengguna memilih untuk dianalisis dengan graf bar, histogram, pie chart dan sebagainya.






Setelah semua penerangan mengenai SPSS ini telah diberikan, kami telah diminta untuk membuat laporan tentang jawapan yang telah diberikan oleh responden kami. Kami juga perlu membuat analisis dan laporan jawapan yang telah diberikan oleh pelajar dalam i-folio dengan mencari kat kunci jawapan.

Kepada rakan-rakan selamat mencuba sofware ini....sekian...


No comments:

Post a Comment