Tuesday, December 25, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-9

Assalamualikum dan Salam sejahtera semua...



Hehe..inilah perasaan saya dan mungkin perasaan semua rakan-rakan,maklumlah minggu terakhir sebelum cuti mid sem.hehe.. Aha..pada minggu yang ke-9 ini kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data kualitatif adalah data yang bukan dalam bentuk angka dan tidak melibatkan ujian statistik yakni data yang melibatkan penulisan. Data ini memerlukan proses coding iaitu pengkaji perlu memecahkan dan menggabungkan isi-isi yang kecil yang mempunyai maksud yang sama dan dikumpulkan dalam satu tajuk yang besar sebagai contoh kaki, tangan, telinga, apabila menggunakan proses coding ianya digabungkan dibawah tajuk pancarindera.

Antara contoh data kualitatif data temubual,data observasi, data bertulis dan perbincangan atas talian. Kami menggunakan data kualitatif dengan cara cetakan daripada perbincangan atas talian yakni i-folio. Di mana pensyarah kami iaitu Pn Fariza telah memasukkan tiga soalan yang perlu kami jawab yakni soalan yang berkaitan dengan surveymonkey. Melalui perbincangan dalam talian ini kami seterusnya diminta membuat data kualitatif yakni dengan proses coding seterusya membuat ganbar rajah pokok...

Contoh Gambar rajah pokok :


Sekian.....

No comments:

Post a Comment