Thursday, December 27, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-14

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua...

Minggu ini merupakan minggu terakhir pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan dan semua kursus serta mungkin juga inilah minggu terakhir saya membuat blog. Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan ribuan maaf kepada pensyarah-pensyarah dan rakan semua.Saya mohon doa dan restu daripada pensyarah semua dan rakan-rakan agar lebih mudah untuk saya menghadapi peperiksaan akhir umtuk semester yang pertama ini. Ribuan terima kasih terutama kepada Pn Fariza Khalid kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang buta ICT. Semoga pertemuan kita pada semester ini merupakan permulaan kepada ikatan hubungan yang lebih erat.. Tidak lupa juga kepada Dr Fatimah yang tidak pernah jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada kami dan kepada saya terutamanya,terima kasih Dr,sesungguhnya tardapat tiga perkara yang akan mendatang pahala kepada kita apabila meninggal nanti dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat dan diajarkan kepada orang lain..= )

Pada minggu yang terakhir ini kami tetap memperoleh ilmu baru bahkan ilmu ini bagi saya sangatlah berguna dan bermanfaat pada masa akan datang. Minggu ini pembelajaran saya adalah mengenai aplikasi-aplikasi yang boleh dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel. Aplikasi yang harus dihasilkan atau tugasan yang harus disiapkan berkaitan dengan Microsoft Excel adalah berkaitan dengan cara-cara menyediakan Data Markah Murid.

langkah-langkah menyediakan data Markah Murid :

Pertama


Kedua : isi nama pelajar dan subjek 


Ketiga : masukkan markah pada setiap subjek mengikut nama murid


Keempat : ini dalah langkah terakhir yakni menyediakan graf


Antara data yang diperlukan dalam menyediakan markah murid ini ialah :

  • Jumlah = sum
  • Markah Tertinggi = max
  • Markah Terendah = min 
  • Markah Purata = average
  • Sisihan Piawai = STDEV
  • Mod = made
  • Countif = tentukan pelajar ikut gred ( tinggi ke rendah atau sebaliknya )
  • Vlookup = tentukan gred
  • Titik Tengah = median

Setelah menyiapkan tugasan ini hasil bimbingan Cik Mazalah, kami diminta pula menyediakan Penyata Kewangan diri

Contoh penyediaan penyata Kewangan


Hasil Kerja Saya :


Selamat Berjuang Semua.....

No comments:

Post a Comment