ADAKAH ANDA SEMUA TAHU APA ITU MAKLUMAT DAN LIYERASI VISUAL???
LITERASI VISUAL
1) James Flood, Shirley Brice Heath, dan Diane Lapp. (1997), menakrifkan literasi visual adalah kebolehan atau kemahiran untuk mendapatkan pengertian daripada gambaran. Ia melibatkan satu set kemahiran daripada yang mudah (pengenalan mengenai sesuatu) hingga ke tafsiran yang sukar melibatkan konseptual, metaphora dan falsafah.
ii) Menurut Bolter (1998) dalam Xiuwen Wu & Mark Newman (2008), literasi visual melibatkan penggunaan peta, gambar, pandangan, foto, dan sebagainya bertujuan menggalakkan pembelajaran mengenai sesuatu perkara. Visual-visual ini yang bersumber daripada sumber pertama mahupun sumber sekunder.
iii) Heinich, Molenda, dan Russell (1994) dalam Norasikin Fabil & Zawawi Ismail (2005) mendefinisikan kemahiran literasi visual sebagai kebolehan yang dipelajari untuk menafsir mesej visual dengan tepat dan juga untuk membuat mesej-mesej seperti itu.
iv) Roblyer and Bennett (2001) dalam Alaa Sadik (2007) menjelaskan bahawa melalui literasi visual, pelajar akan mahir; menterjemah dan memahami maksud mesej daripada visual; berkomunikasi dengan lebih efisyen melalui pengaplikasian asas dan konsep reka bentuk visual; menghasilkan mesej-mesej dalam bentuk visual dengan menggunakan komputer dan teknologi-teknologi lain; dan menggunakan pemikiran visual untuk merumuskan penyelesaian bagi sesuatu masalah.

MAKLUMAT
Maklumat adalah satu sumber yang mempunyai berbagai-bagai definisi menurut format dan media yang digunakan untuk memindahkannya, serta disiplin yang mendefinisikannya.
Menurut Case (2002), maklumat merujuk kepada :
• Ilmu yang terkandung
• Pengalaman manusia yang dipakej
• Satu sumber yang boleh menyediakan sejumlah data yang tidak terkira banyaknya
• Satu sumber yang mengambil format, pempakejan, media pemindahan yang berbeza-beza, dan berbagai kaedah penghantaran
• Manusia: keluarga, para sahabat, tutor, rakan pelajar
• Institusi, iaitu para profesional perkhidmatan kesihatan kebangsaan atau kemudahan-kemudahan bantuan
LITERASI MAKLUMAT
American Association of School Librarians (AASL) (Persatuan Pustakawan Sekolah Amerika), pelopor dalam bidang literasi maklumat dan Association for Educational Communications and Technologies (Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan) menyatakan bahawa “literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan mengguna maklumat. Maklumat adalah kunci pembelajaran sepanjang hayat” (Byerly/Brodie, 1999).
AASL menyatakan bahawa: “pelajar yang celik maklumat mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat secara kritis dan cekap, dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif” (Byerly/Brodie, 1999).

Salam Nzari, nampaknya masih banyak refelksi yang belum kamu lengkapkan .. ingat ini adalah markah ye .. jadi jgn lepaskan peluang merebut markah (disampping dapat pahala belajar) .. mohon update minggu yang belum dilangsaikan segera.
ReplyDeleteanother thing, mohon masukkan nama kamu pada profile ye supaya senang saya nak trace tuan punya blog yang hijau ni :)