Monday, October 29, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 3

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.....

Pada minggu ketiga,kuliah saya di mulakan dengan tugasan mendownload satu sofware yang tidak pernah saya ketahui adanya sofware tersebut dan fungsi sofware tersebut iaitu DROPBOX.Saya telah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah saya bagaimana cara untuk mendownload sofware  dropbox tersebut.Cara untuk mendaftar dropbox sama seperti cara mendaftar Facebook iaitu dengan meletakkan nama penuh,email yang digunakan beserta kata laluan email yang digunakan.Setelah mendaftar dropbox,saya dan rakan kumpulan yang lain telah diberi penerangan mengenai fungsi dropbox tersebut.Pensyarah saya iaitu Dr Fariza Khalid menerangkan bahawa dropbox tersebut berfungsi sebagai satu tempat untuk menyimpan maklumat seperti pendrive,yang berbezanya adalah dropbox hanya mempunyai ruang untuk menyimpan maklumat sebanyak 2GB manakala pendrive boleh mencecah sehingga 32GB.Selain itu,pensyarah saya juga telah menerangkan kelebihan dropbox iaitu apabila kita menggunakan dropbox,tidak akan ada berlakunya kehilangan maklumat kerana dropbox sememangnya terdapat dalam sistem komputer dan dropbox ini tidak boleh di buka sesuka hati kerana apabila kita ingin membuka dropbox kita perlu menggunakan email dan kata laluan email yang kita gunakan semasa mendaftar dropbox.Jadi,hanya mereka yang mengatahui email dan kata laluan email yang digunakan untuk dropbox sahaja yang boleh membuka dropbox tersebut..

Tugasan kedua pada minggu ini ialah kami di minta mencari data tentang LMS dan CMS.LMS(Learning Management System\Sistem Pengurursan Pembelajaran)adalah satu komponen perisian untuk pentadbiran,pengesanan,laporan,penyampaian kursus pendidikan dalam talian.LMS juga berfungsi sebagai pusat mengumpul maklumat pentadbiran menggunakan layan diri.Dengan cara ini akan memudahkan dan memepercepatkan lagi orang yang menggunakannya.Contoh laman web yang digunakan oleh pelajar dalam urusan pembelajaran ialah SMPweb.Hal ini memudahkan pelajar dalam menambah subjek atau mengugurkan subjek.Melalui LMS ini juga pelajar dapat mengetahui dengan lebih cepat tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah,nota-nota berkaitan pembelajaran serta tarikh-tarikh peperiksaan yang akan dijalankan.Antara contoh LMS ialah(atutor,chamilo,dokeos,llias,DLAT,Modle,docel LMS).Contoh Atutor ialah digunakan dalam pelbagai kontekstermasuk pengurusan dalam talian meneruskan pembagunan profesional untuk guru dan sebagainya.Penggunaan perisian ini juga berguna bagi golongan yang cacat penglihatan dan kurang upaya.

  Manakala CMS pula ialah satu aplikasi untuk menyimpan dokumen dalam pengurusan.Ia mengandungi struktur kandungan maklumat perusahan dan format fail.CMS mempunyai dua unsur.Unsur yang pertama ialah Aplikasi Pengurusan Kandungan(AKM) iaitu pengguna dapat mengubah walaupun dengan kepakaran yang terhaddan terbatas,pengguna dapat mengubah dan membuang kandungan dari laman web tanpa campurtangan daripada webmaster.Unsur yang kedua ialah Penghantaran Aplikasi Kandungan(CDA) iaitu menyusun maklumat dan mengemas kini maklumat ke website.CMS juga boleh dikatalogkan.Sistem pengurusan kandungan seperti ini dapat menyediakan prosedur menguruskan aliran kerja persekitaran berkerjasama.............

Jumpa Lagi.....

           

No comments:

Post a Comment