Monday, October 29, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pada minggu ke-4 ini kami didedahkan pula tentang satu aplikasi yang digunakan oleh kebanyakkan orang pada masa kini iaitu web 2.0..Kami memulakan pembelajaran dengan pendedahah mengenai web 2.0.Pensyarah kami iaitu Dr.Fariza menjelaskan kepada kami bahawa web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan.Hal ini demikian kerana menurut penjelasan daripada pensyarah kami,Web 2.0 ini dapat membantu mengatasi kekangan sistem e-pembelajaran kerana aplikasi Web 2.0 sangat popular dalam kalangan remaja yang sebahagian besarnya adalah pelajar.Selain itu,aplikasi ini tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, malah turut digunakan di dalam penyebaran maklumat.

Seterusnya kami didedahkan pula tentang definisi Web 2.0.Definisi yang kami dapat ialah Web 2.0 ini adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web dan tidak perluperlu proses instalasi terlebih dahulu seperti yang umumnya kita gunakan sehari-hari.Sebuah lama web 2.0 memberi penggunanya pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkalaborasiantara satu sama lain dalam komuniti maya.Antara contoh aplikasi Web 2.0 ialah laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.


Terdapat pelbagai ciri yang mengambarkan web 2.0 antaranya ialah:

  ~Web sebagai platform(windows) bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan langsung di            atas internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu..(google)
  
  ~Gabungan maklumat dan pengetahuan iaitu aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat daripada banyak pihak secara kolektif hasilnya wujud satu medan pengetahuan yang sangat besar sebagai contoh (wikipedia)

  ~Kekuatan data iaitu ianya merupakan kekuatan web 2.0.

  ~Kitaran kemaskini perisian-aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu yang lama.

  ~Model atucara yang mudah-menggunakan teknik-teknik atucara yang mudah seperti AJAX dan RSS.Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan suatu aplikasi web 2.0 membentuk layanan baru.

          Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan youtube telah membawa perubahan kepada konsep dan kriteria e-pembelajaran web 1.0. E-pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. Sistem Pembelajaran dan Pengajaran yang menggunakan aplikasi web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.Pembelajaran dan Pengajaran dengan menggunakan aplikasi web 2.0 ini menekankan aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar didalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial..

  




  


No comments:

Post a Comment