Thursday, December 27, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-14

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua...

Minggu ini merupakan minggu terakhir pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan dan semua kursus serta mungkin juga inilah minggu terakhir saya membuat blog. Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan ribuan maaf kepada pensyarah-pensyarah dan rakan semua.Saya mohon doa dan restu daripada pensyarah semua dan rakan-rakan agar lebih mudah untuk saya menghadapi peperiksaan akhir umtuk semester yang pertama ini. Ribuan terima kasih terutama kepada Pn Fariza Khalid kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang buta ICT. Semoga pertemuan kita pada semester ini merupakan permulaan kepada ikatan hubungan yang lebih erat.. Tidak lupa juga kepada Dr Fatimah yang tidak pernah jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada kami dan kepada saya terutamanya,terima kasih Dr,sesungguhnya tardapat tiga perkara yang akan mendatang pahala kepada kita apabila meninggal nanti dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat dan diajarkan kepada orang lain..= )

Pada minggu yang terakhir ini kami tetap memperoleh ilmu baru bahkan ilmu ini bagi saya sangatlah berguna dan bermanfaat pada masa akan datang. Minggu ini pembelajaran saya adalah mengenai aplikasi-aplikasi yang boleh dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel. Aplikasi yang harus dihasilkan atau tugasan yang harus disiapkan berkaitan dengan Microsoft Excel adalah berkaitan dengan cara-cara menyediakan Data Markah Murid.

langkah-langkah menyediakan data Markah Murid :

Pertama


Kedua : isi nama pelajar dan subjek 


Ketiga : masukkan markah pada setiap subjek mengikut nama murid


Keempat : ini dalah langkah terakhir yakni menyediakan graf


Antara data yang diperlukan dalam menyediakan markah murid ini ialah :

  • Jumlah = sum
  • Markah Tertinggi = max
  • Markah Terendah = min 
  • Markah Purata = average
  • Sisihan Piawai = STDEV
  • Mod = made
  • Countif = tentukan pelajar ikut gred ( tinggi ke rendah atau sebaliknya )
  • Vlookup = tentukan gred
  • Titik Tengah = median

Setelah menyiapkan tugasan ini hasil bimbingan Cik Mazalah, kami diminta pula menyediakan Penyata Kewangan diri

Contoh penyediaan penyata Kewangan


Hasil Kerja Saya :


Selamat Berjuang Semua.....

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Cepatnya masa berlalu, Pada minggu yang ke-13 ini kami telah diberikan tugasan untuk membuat Slideshow dengan menggunakan  Mikrosoft Powerpoint. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan, di mana dalam menyiapkan tugasan ini saya dan rakan saya Mohamed Erwan bin Tuhaimi bekerjasama dalam membuat Slideshow yang berkaitan dengan tajuk terdahulu iaitu Maklumat dan Literasi Visual.


Di dalam slide tersebut kami telah membuat empat soalan yang berkaitan dengan tajuk kami tersebut. Seterusnya kami hyperlink antara soalan dan jawapan yang betul dan salah. Berikut merupakan hasil kerja kami:


Soalan 1






    Soalan satu mempunyai 3 jawapan iaitu a,b dan c,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan jmenunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali.Hal ini kerana kami telah hyperlink antara jawapan betul dan salah.
 Soalan 2 mempunyai 4 jawapan iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.








Soalan 3 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukkan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.


















Soalan 4 mempunyai 4 jawapan juga iaitu a,b,c dan d,sekiranya jawapan yang dijawab salah ia akan menunjukan jawapan salah dan boleh cuba untuk beberapa kali bagi mencari jawapan yang tepat.Sekiranya jawapan betul ia akan keluar perkatan 'tahniah'.




      Gambar diatas merupakan power point jawapan yang salah.Sekiranya audiens salah menjawab ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh mencuba lagi antara soalan satu hingga empat.








Gambar diatas merupakan power point jawapan yang betul.Sekiranya audiens jawab dengan tepat ia akan keluar gambar diatas dan audiens boleh meneruskan dengan soalan lain.



SeKiAn SaHaJa PeRkOnGsIaN iLmU kItA...

Refleksi pembelajaran Minggu ke-12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Pada minngu ini tugasan yang diberikan kepada kami adalah mengenai CASPER. Tugasan yang diberikan ini dibuat dalam kumpulan yang terdiri daripada dua orang.



Casper ialah merupakan satu teknik persembahan pembentangan slaid yang berkesan dan menarik..
Berikut adalah mengenai apa yang terkandung di dalam perkataan CASPER :

1.  Contrast (Pebezaan yang Ketara)
  Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisianperlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latarbelakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkantarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan denganperbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licindengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan denganberdekatan dan grafik kecil dengan besar.
    Contrast  boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah,

  •  font jenis besar dan jenis kecil
  •  font berlainan muka taip
  •  garis halus dan garis kasar
  •  warna sejuk dan warna hangat
  •  tekstur licin dan tekstur kasar
  •  unsur  mendatar dan unsur menegak
  •  garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  •  grafik kecil dan grafik besar 



 2.   Alignment (Susunan Lurus)Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam mukaperisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingindipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalamprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item jugaperlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiappaparan perisian.


    3. Simplicity (Mudah)Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan penggunamemahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatubahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnyadapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visualyang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudahdifahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalamperisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisiandengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermaknadari teks yang panjang lebar.

 4.     Proximity (Berhampiran)Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisianperlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihatkesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkanpengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagaisatu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen iniakan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.


5.  Emphasis (Penekanan)Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberipenekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai caradigunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidakmenggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatianpengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebihkepada elemen sampingan.


  6.  Repetition (Pengulangan)
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supayapengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahanyang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahanmedia yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalahkerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyaikecenderungan yang terhadap media
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:

  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi 
  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi 
  • saiz teks dan objek
  • bentuk teks dan objek
  • susun atur teks dan objek
  • warna teks, warna objek dan warna latar
  • grafik dan animasi







GUI (Graphical User Interface) pula merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.
























Kelebihan GUI
  • Reka bentuk grafik yang lebih menarik
  • Membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
  • Memudahkan pengguna
  • Menarik minat pengguna
  • Resolusi gambar yang tinggi
  • Memahirkan pengguna dengan cepat
  • Menjimatkan masa
  • Mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi 

Kekurangan GUI
  • Menggunakan saiz memori yang besar
  • Bergantung kepada peranti keras 
  • Memerlukan banyak tempat pada skrin komputer
  • Tidak fleksibel



SeKiAn......

Tuesday, December 25, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Pada minggu ini kami telah diberikan tugas untuk menyediakan satu brochure berkaitan dengan tajuk yang telah dibahagikan kepada setiap kumpulan dengan menggunakan Microsoft Publisher.



Pada kebiasaannya brochure ini digunakan oleh syarikat produk dan service untuk mempromosikan sesuatu dan menyebarkan maklumat. Dengan menggunakan Microsoft Publisher ini kita boleh menggunakan design dan bentuk yang kita inginkan dan cara penyediaannya sangat mudah.

contoh brochure

Cara-cara membuat Brochure :

PERTAMA~ Buka Microsoft Publisher

selepas itu akan kel;uar skren seperti berikut :


Seterusnya pilih design mengikut pilihan yang anda suka :




yang akhir sekali masukkan butiran seperti tajuk program yang akan diadakan, nama penaja, tarikh dan hari program diadakan aktiviti yang dijalankan, matlamat program dan butiran-butiran lain yang diperlukan.

Selamat Mencuba..