Tuesday, December 25, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-9

Assalamualikum dan Salam sejahtera semua...



Hehe..inilah perasaan saya dan mungkin perasaan semua rakan-rakan,maklumlah minggu terakhir sebelum cuti mid sem.hehe.. Aha..pada minggu yang ke-9 ini kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data kualitatif adalah data yang bukan dalam bentuk angka dan tidak melibatkan ujian statistik yakni data yang melibatkan penulisan. Data ini memerlukan proses coding iaitu pengkaji perlu memecahkan dan menggabungkan isi-isi yang kecil yang mempunyai maksud yang sama dan dikumpulkan dalam satu tajuk yang besar sebagai contoh kaki, tangan, telinga, apabila menggunakan proses coding ianya digabungkan dibawah tajuk pancarindera.

Antara contoh data kualitatif data temubual,data observasi, data bertulis dan perbincangan atas talian. Kami menggunakan data kualitatif dengan cara cetakan daripada perbincangan atas talian yakni i-folio. Di mana pensyarah kami iaitu Pn Fariza telah memasukkan tiga soalan yang perlu kami jawab yakni soalan yang berkaitan dengan surveymonkey. Melalui perbincangan dalam talian ini kami seterusnya diminta membuat data kualitatif yakni dengan proses coding seterusya membuat ganbar rajah pokok...

Contoh Gambar rajah pokok :


Sekian.....

Refleksi Minggu ke-8

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bertemu kembali kita semua,minggu berganti minggu,hati berganti hari dan masa berganti masa serta assigment pun terus berganti.hehe.. Pada minggu ini kelas Komputer Dalam Pendidikan dimulakan seperti biasa iaitu pengenalan sesuatu yang belum pernah kami ketahui. Pada minggu ke-8 ini kami dikenalkan dengan satu sofware baru. Adakah anda kenal apa itu SPSS? aha..mesti tidak tahu kan..ok saya akan menerangkan apa itu SPSS. 

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr Fariza, SPSS ini ialah satu sofware di mana SPSS ini merupakan salah satu pakej statistik yang paling pupular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks serta dengan arahan yang sangat mudah.Setelah diberikan penerangan yang lebih mendalam kami dapat mengetahui bahawa SPSS atau Statistical Product and Service Solution ini mempunyai 4 windows iaitu Data Editor, Output Viewer, Syntac Editor dan Script Window.

Dengan menggunakan sofware ini, pengguna dapat menganalisis data dengan mudah tanpa perlu menganalisis data dengan cara manual. Berikut saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan SPSS :

                                                  

Langkah pertama klik pada start, kemudian klik all program, dan SPSS Inc. Terdapat dua lembaran dalam window ini iaitu data view dan variable view. Variable view membolehkan pengguna memasukkan data untuk dianalisis. Setelah memasukkan kesemua data , sistem ini akan memnganalisis data tersebut dan sofware ini membolehkan semua pengguna memilih untuk dianalisis dengan graf bar, histogram, pie chart dan sebagainya.






Setelah semua penerangan mengenai SPSS ini telah diberikan, kami telah diminta untuk membuat laporan tentang jawapan yang telah diberikan oleh responden kami. Kami juga perlu membuat analisis dan laporan jawapan yang telah diberikan oleh pelajar dalam i-folio dengan mencari kat kunci jawapan.

Kepada rakan-rakan selamat mencuba sofware ini....sekian...


Thursday, December 13, 2012

Refleksi Minggu ke-7....

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua...

Pada minggu ini kelas komputer dalam pendidikan dilakukan di kampung masing-masing. Hal ini demikian kerana pada minggu ini merupakan hari yang sangat mulia bagi umat islam iaitu Hari Raya Aidiladha. Sebelum memulakan refleksi saya ingin mengucapkan salam aidiladha kepada sahabat semua. Semoga Hari raya kali ini membawa seribu makna pada diri kita..


Walaupun mendapat pelepasan daripada mengikuti kelas komputer pada minggu ini,kami tetap diberikan tugas oleh Puan Fariza yakni pensyarah kami. Tugas yang diberikan kepada kami pada minngu ini adalah berkaitan dengan satu sisitem yang belum pernah saya ketahui iaitu Survey Monkey. SurveyMonkey ini adalah merupakan satu sistem soal selidik secara online. Di mana melalui sisitem ini soal selidik dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan kos yang tinggi.Kita juga dapat design, collect dan analyze terus kepada keputusan. Ringkasnya soal selidik menggunakan adalah lebih mudah digunakan daripada soal selidik yang biasa.

Setelah dapat memahami fungsi SurveyMonkey ini,kami ditugaskan pula untuk membuat satu soal selidik mengenai tajuk pembentangan kami pada minggu kelima yang lalu dengan menggunakan keadah SurveyMonkey.





CARA MENGGUNAKAN SURVEY MONKEY












selamat mencuba.... (y)

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-6

Hai semua..jumpa lagi.. Assalamualaikum dan salam sejahtera...






 Pada minggu yang ke-6 ini,kuliah kami berlangsung di Perpustakaan Tun SRI Lanang(PTSL).Tujuan kelas pada minggu ini diadakan di PTSL adalah untuk mendengar taklimat mengenai cara-cara mengunakan perkhidmatan PTSL.Di dalam taklimat yang di berikan oleh pustakawan Pn Shaizimah Badzri, kami telah diterangkan mengenai cara-cara bagaimana untuk kami mencari sumber rujukan di PTSL dengan mengunakan sistem komputer seperti kamus bahasa,jurnal, artikel dan berbagai bahan lain.


                                                         Perpustakaan Tun Sri Lanang


 Di dalam taklimat tersebut kami telah diperkenalkan dengan satu laman sesawang yang digunakan di PTSL untuk mengakses dan mencari buku secara online iaitu Sistem Gemilang. Laman sesawang ini direka khas untuk warga UKM, sama ada untuk mencari bahan bacaan mahupun bahan-bahan rujukan di PTSL. Di dalam Sistem Gemilang ini terdapat 2 kaedah pencarian yang berbeza iaitu Browse dan Keyword. Kaedah Browse adalah kaedah untuk mencari buku berdasarkan tajuk iaitu tajuk Besar seperti kamus dewan edisi ke-4. Jika untuk judul pertengahan buku iaitu tajuk kecil dalam buku, kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah keyword. Hal ini demikian kerana kaedah ini akan mencari semua buku yang ada tajuk yang kita letak. Tidak seperti kaedah browse apabila tajuk yang kita letak itu merupakan tajuk dalam sebuah buku maka pencarian tidak akan dapat diketahui.Secara ringkasnya kaedah Browse elok digunakan apabila kita mengetahui tajuk besar buku, tetapi jika tidak tahu tajuk besar buku lebih baik gunakan kaedah keyword.


                                                                                                       




 Seterusnya kami juga telah diberikan sedikit taklimat tentang pencarian jurnal dan artikel. Di dalam taklimat itu kami diberi penerangan tentang sisitem yang boleh digunakan untuk mencari jurnal iaitu dengan menggunakan sistem e-Journal. Melalui portal ini kita bole mencari pelbagai artikel dan jurnal. Hal ini demikian kerana di dalam portal tersebut terdapat banyak pangkalan data yang boleh digunakan untuk mencari artikel dan jurnal mengikut kursus yang kita ambil seperti jurnal yang berkaitan dengan pendidikan. Antara pangkalan data yang popular dan sering digunakan ialah:


  1. jetP
  2. ProQuest
  3. EBSCOHOST
  4. UKM Journal Artical Repository
  5. UKM Institutional Repository

Setelah selesai taklimat kami ditugaskan dalam kumpulan unutk mencari 5 bahan artikel melalui laman web Gemilang. Artikel tersebut haruslah berkait rapat dengan tajuk pembentangan pada minggu ke-5 yang lalu. Kemudian setelah berjaya mencari lima artikel tersebut kami diarahkan supaya upload di yahoo group masing-masing.


Selesaaaaaaaaaaiiiiiiiiiii.... Assalamualikum semua..