Thursday, September 20, 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 dah 2 Komputer Dalam Pendidikan 2012-2013

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Nama di beri Muhamad Nazri bin Muslim dan program yang ditawarkan kepada saya adalah Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian(Sukan dan Rekreasi)..Di sini,saya ingin berkongsi pengalaman atau boleh disebut juga sebagai refleksi pembelajaran minggu 1dan 2.

Secara amnya saya akan memulakan refleksi pembelajaran saya dalam kursus komputer dalam pendidikan pada minggu yang pertama..Pada minggu yang pertama sebelum sesi kuliah dimulakan,kami telah di bahagikan kepada lima kumpulan oleh Dr Siti Fatimah binti Mohd Yassin.Saya telah di tempatkan di kumpulan yang kelima.di mana hanya kumpulan saya sahaja waktu kuliahnya pada hari khamis yakni dari jam 11am-2pm..Manakala kumpulan yang lain waktu kuliah mereka adalah pada hari rabu.Tugasan saya pada minggu pertama ialah membuat email rasmi yakni dengan menggunakan Ymail dan Gmail.E-mail rasmi ini ialah satu email yang lengkap dengan nama penuh,nama fakulti,program yang di tawarkan,yahoo groups,facebook group dan blogspot..Walaupun pada awalnya untuk menyiapkan email rasmi tersebut sangatlah membebankan saya,walhal saya adalah seorang yang sangat lemah dalam ilmu komputer,tetapi berkat tunjuk ajar daripada pensyarah saya yakni Dr Fariza binti Khalid dan Dr Siti Fatimah binti Mohd Yassin,saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan pertama saya.Saya juga bersyukur kerana di samping berjaya menyiapkan tugasan pertama,saya juga dapat berkongsi ilmu cara membuat email rasmi dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam kumpulan saya.

Bermula kuliah pada minggu kedua.saya dan rakan-rakan kumpulan saya telah diberikan tugasan yang lebih berat yakni kami diberikan tugas untuk membuat Yahoo Group,Facebook Group dan Blogspot..Tugasan ini amat memberatkan saya.Hal ini demikian kerana saya tidak faham langsung tentang tugasan yang diberikan tersebut..Hal ini juga disebabkan pada minggu yang pertama saya hanya fokus dalam menghasilkan email rasmi.Walaupun begitu saya tidak hanya berdiam diri,saya terus bertanya kepada pensyarah saya yakni Dr Fariza binti Khalid bagaimana cara untuk menyiapkan tugasan tersebut.Allhamdulillah saya dapat pensyarah yang sangat perihatin terhadap anak didiknya.Walaupun saya terlalu banyak bertanya kepada beliau,beliau tidak pernah menunjukkan muka bosan terhadap saya..Malahan selalu senyum dalam melayan anak didiknya..Hal ini telah memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan pada minggu kedua ini.Akhirnya dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan kumpulan yang lain saya dapat menyelesaiakn tugasan saya pada minggu kedua dengan sempurna..Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr Fariza binti Khalid,Dr Siti Fatimah binti Mohd Yassin dan rakan-rakan kumpulam saya..Semoga minggu-minggu yang akan datang saya akan dapat mempelajari sesuatu yang baru..


sekian terima kasih..